Isnin, 23 April 2012

KERUTUK AYAM


KERUTUK AYAM (3 EKOR AYAM)

  1. Tumis satu cawan minyak masak bersama rempah kasar (kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, cabir dan pelaga hindi)
  2. 3 biji bawang besar bersama 1 biji bawang putih, 3 inci halia, 3 batang serai, 2 inci lengkuas dan sedikit belacan dikisar.
  3. Gaulkan 150gm Rempah kerutuk daging bersama air, kemudian tumiskan dengan bahan di atas sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan asam keping, gula Melaka, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  5. Masukkan 500gm santan pekat dan air secukup kehendak untuk kuah.(kebiasaannya kerutuk ini tidak mempunyai kuah yang banyak seperti kari) Kemudian masukkan 3 sudu kicap pekat dan ½ cawan kerisik.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih, baru masukkan ayam tadi.
  7. Tunggu sehingga ayam masak, kemudian tutup api dan tunggu sehingga pecah minyak.  



**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan