Isnin, 23 April 2012

KARI AYAM


KARI AYAM (3 EKOR AYAM)

  1. Tumis satu cawan minyak masak bersama rempah kasar (kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, cabir dan pelaga hindi)
  2. Kisar 250gm bawang merah bersama 1 biji bawang putih, 3 inci halia dan sebatang serai.
  3. Gaulkan 150gm Rempah Kari Ayam bersama air, kemudian tumiskan sehingga garing.
  4. Masukkan santan dan air secukup untuk kuah. Kemudian masukkan juga asam jawa,gula,garam dan ajino moto secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Selepas kuah mula mendidih, masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam masak.
  6. Setelah ayam masak, asingkan ayam tersebut dari kuah dan perlahankan api serta biarkan sehingga kuah itu pecah minyak.
  7. Selepas pecah minyak, ayam boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah dan sedia dihidang.


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan