Isnin, 23 April 2012

GULAI TERUNG

GULAI TERUNG (3 KG TERUNG)

  1. Tumis satu cawan minyak masak bersama rempah kasar (kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, cabir dan pelaga hindi)
  2. 3 biji bawang besar bersama 1 biji bawang putih, dan 3 inci halia (separuh dikisar, separuh lagi dipotong halus)
  3. Gaulkan 150gm Rempah GULAI TERUNG bersama air, kemudian tumiskan dengan bahan di atas sehingga wangi.
  4. Tunggu sehingga pecah minyak, kemudian masukkan 500 gm santan pekat dan air secukup kehendak untuk kuah.
  5. Kemudian, masukkan gula Melaka (gula merah), ajinomoto,  garam dan air asam jawa secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga mendidih, kemudian baru masukkan Terung yang dipotong.
  7. Tunggu sehingga separuh masak, kemudian kecilkan api sehingga pecah minyak.


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan