Isnin, 23 April 2012

NASI BUKHARA


NASI BUKHARA (3 KG BERAS BASMATHI)

  1. Tumis 250 gm minyak sapi bersama sedikit rempah menumis (bunga lawing,cabir,kulit kayu manis,pelaga hindi,dan bunga cengkih)
  2. Kisar 3 inci halia bersama sebiji bawang putih dan 500 gm bawang besar.
  3. 100gm Rempah Nasi Bukhari digaul dengan air sebelum ditumis dengan bahan diatas sehingga pecah minyak/wangi.
  4. Masukkan air untuk beras.
  5. Masukkan 1 tin tomato puree bersaiz sederhana, dan masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun pudina.
  6. Kacau sedikit dan biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan beras basmathi tadi dan kacau untuk seratakan adunan.
  7. Tunggu sehingga nasi telah masak, kemudian masukkan kismis goreng, kacang badam goreng dan gajus goreng untuk rasa yang lebih enak.
  8. Sedia dihidang.  


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan