Isnin, 23 April 2012

KARI IKAN


KARI IKAN (3 KG IKAN)

  1. Tumis satu cawan minyak masak bersama 3 sudu halba campur.
  2. 3 ranting daun kari, 3 biji bawang besar, 1 biji bawang putih dan 2 inci halia dipotong halus, dan ditumis.
  3. Gaulkan 150gm Rempah Kari Ikan bersama air, kemudian tumiskan sehingga garing.
  4. Masukkan 700 gm santan pekat dan air secukup untuk kuah. Kemudian masukkan juga asam jawa,gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Selepas kuah mula mendidih, masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
  6. Setelah ikan masak, asingkan ikan tersebut dari kuah dan perlahankan api serta masukkan 3 biji tomato yang dipotong 4, 2 biji lada merah, 10 biji kacang bendi dan 3 biji terung bulat yang dipotong.
  7. Selepas selepas bahan tadi hamper masak, ikan boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah dan sedia dihidang.


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan