Isnin, 23 April 2012

GULAI KUZI


GULAI KUZI (2 KG DAGING/KAMBING)

  1. Tumis satu cawan minyak sapi bersama sedikit rempah menumis (bunga lawing,cabir,kulit kayu manis,pelaga hindi,dan bunga cengkih)
  2. Kisar 3 inci halia bersama sebiji bawang putih.
  3. 100gm Rempah kuzi digaul dengan air sebelum ditumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air suam untuk kuah. 1 ½ kg Bawang besar dipotong (mayam) dan digoreng kemudian dikisar.
  5. Masukkan 2 tin susu cair, dan 1 tin tomato puree saiz sederhana.
  6. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Tunggu sehingga kuzi masak bersama daging/kambing. Seterusnya masukkan kismis yang digoreng/kacang badam yang digoreng/ atau kacang tanah yang digoreng serta dikacau serata untuk rasa yang lebih original dan enak.  


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan