Isnin, 23 April 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH (3 EKOR AYAM) 

 

  1. 5 batang serai dikisar bersama sebiji bawang putih dan 3 inci halia.
  2. Gaulkan 3 sudu tepung jagung bersama sebiji air asam limau (limau nipis)
  3. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
  4. Gaulkan bersama semua bahan bersama dengan 100gm rempah ayam goreng.
  5. Untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, boleh dicampurkan bersama dengan sedikit pewarna kuning.
  6. Akhir sekali adunan berempah tersebut digaulkan dengan ayam dan seterusnya diperap antara 1 hingga 5 jam. (mengikut kuantiti ayam)
  7. Ayam bersedia untuk digoreng.


**SELAMAT MENCUBA**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan