Ahad, 22 April 2012

About Us

Kami memulakan perniagaan kami pada April,1984 di Pasar Lama MPKB, Kota Bharu Kelantan. Berbekalkan ilmu dan rahsia adunan yang diperolehi sejak turun temurun oleh pemilik perniagaan kami SULTAN KABEER B ABDUL KADER, pada waktu tersebut telah memulakan perniagaan rempah ratus di kelantan sehingga ke harini. Rempah Kuzi, Rempah Beriyani, Rempah Bukhara, Rempah Ayam Goreng, Rempah Satey, Rempah BBQ, Rempah Gulai Kawah serta pelbagai lagi rempah-rempah lain yang di adunkan oleh beliau menghasilkan satu sebatian rempah ratus yang cukup memuaskan hati para pelanggan setia kami terutamanya dari negeri Kelantan sendiri.

Pasar Lama MPKB, Kota Bharu Kelantan


Pada hari ini, perniagaan kami telah pun berjaya memasuki pasaran luar Kelantan. Ini termasuklah pasaran antarabangsa seprti negara Brunei Darul Salam. Kami percaya, moto perniagaan kami, "Menawarkan Rempah Berkualiti, Murah dan Halal" yang menjadi penjana kemajuan pasaran rempah kami. Pada hari ini juga, pelanggan kami bukan lagi hanya terdiri dari pengguna di rumah, malahan para pelanggan kami juga adalah terdiri daripada pengusaha-pengusaha Katering, Restoran, dan juga peniaga-peniaga Runcit di dalam dan luar Kelantan.

Matlamat kami untuk menjadikan Rempah Ratus kami sebagai pilihan No.1 rakyat Malaysia suatu hari nanti. InsyaAllah.....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan