Isnin, 23 April 2012





 HOME

JIHAN'S SPICES

                                

 
KAMI MEMBEKALKAN PELBAGAI JENIS REMPAH RATUS YANG BERMUTU TINGGI DISAMPING DIJAMIN HALAL.ADUNAN REMPAH KAMI YANG ISTIMEWA MENGIKUT RESEPI TURUN TEMURUN SEJAK TAHUN 1971 MENJADIKAN REMPAH KAMI ADALAH PILIHAN ORANG RAMAI TERUTAMANYA DI KELANTAN DAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA.




PRODUK KAMI:


1. REMPAH KARI AYAM & DAGING
2. REMPAH KARI IKAN
3. REMPAH KURMA
4. REMPAH KERUTUK (HITAM/MERAH)
5. REMPAH DALCA
6. REMPAH AYAM GORENG (MESTI CUBA)
7. REMPAH BBQ(MESTI CUBA)
8. REMPAH SATEY
9. REMPAH BERIYANI (MESTI CUBA)
10.REMPAH KUZI (MESTI CUBA)


11.REMPAH NASI BUKHARI(MESTI CUBA)
12.REMPAH SOTO/MURTABAK
13.GARAM MASSALA
14.REMPAH SUP BUNJUT (MESTI CUBA)                                                    
15.REMPAH SUP MAMAK
16.REMPAH GULAI KAWAH (GULAI KENDURI)
17.REMPAH AYAM TANDOORI
18.REMPAH AYAM BOMBAY
19.REMPAH GULAI TERUNG & NENAS
20.REMPAH BERIYANI THAI (KOMOK)

DAN PELBAGAI JENIS REMPAH LAGI.


KAMI JUGA MENERIMA SEGALA BENTUK TEMPAHAN TERMASUK GOLONGAN CATERER,PEMILIK-PEMILIK RESTORAN,DAN PENIAGA-PENIAGA UNTUK MEMBELI PRODUK REMPAH RATUS KAMI.

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN "COURIER" UNTUK PELANGGAN KAMI YANG BERADA DILUAR NEGERI KELANTAN.
___________________________________________


UNTUK TEMPAHAN ATAU MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI KAMI DI NOMBOR
017-2577541 (EN.IQRAM) ATAU MELALUI EMAIL KAMI DI (jihanspices@gmail.com).
**SILA NYATAKAN NAMA, NO TELEFON DAN TEMPAT TINGGAL ANDA DI DALAM EMAIL UNTUK MELANCARKAN URUSAN. TERIMA KASIH.

NASI BUKHARA


NASI BUKHARA (3 KG BERAS BASMATHI)

  1. Tumis 250 gm minyak sapi bersama sedikit rempah menumis (bunga lawing,cabir,kulit kayu manis,pelaga hindi,dan bunga cengkih)
  2. Kisar 3 inci halia bersama sebiji bawang putih dan 500 gm bawang besar.
  3. 100gm Rempah Nasi Bukhari digaul dengan air sebelum ditumis dengan bahan diatas sehingga pecah minyak/wangi.
  4. Masukkan air untuk beras.
  5. Masukkan 1 tin tomato puree bersaiz sederhana, dan masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun pudina.
  6. Kacau sedikit dan biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan beras basmathi tadi dan kacau untuk seratakan adunan.
  7. Tunggu sehingga nasi telah masak, kemudian masukkan kismis goreng, kacang badam goreng dan gajus goreng untuk rasa yang lebih enak.
  8. Sedia dihidang.  


**SELAMAT MENCUBA**

KERUTUK DAGING


KERUTUK DAGING (3 KG DAGING)

  1. Tumis satu cawan minyak masak bersama rempah kasar (kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, cabir dan pelaga hindi)
  2. 3 biji bawang besar bersama 1 biji bawang putih, 3 inci halia, 3 batang serai, 2 inci lengkuas dan sedikit belacan dikisar.
  3. Gaulkan 150gm Rempah kerutuk daging bersama air, kemudian tumiskan dengan bahan di atas sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging. Setelah itu, masukkan asam keping, gula Melaka, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  5. Tunggu sehingga air daging sering, baru masukkan 500gm santan pekat dan air secukup kehendak untuk kuah.(kebiasaannya kerutuk ini tidak mempunyai kuah yang banyak seperti kari) Kemudian masukkan 3 sudu kicap pekat dan ½ cawan kerisik.
  6. Tunggu sehingga mendidih, kemudian tutup api dan tunggu sehingga pecah minyak.  



**SELAMAT MENCUBA**